PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Wednesday 3 April 2013

PROMOSI DALAM PERNIAGAAN SIBER





PROMOSI DALAM PERNIAGAAN SIBER
Promosi merupakan elamen yang penting dalam perniagaan di ruang siber. Kejayaan dan kegagalah sesuatu usaha yang dijalankan sangat bergantung dengan aktiviti promosi. I merupakan satu rencah yang penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan di ruang siber.

Tidak cukup sekadar mempunyai produk yang bagus atau perkhidmatan yang menarik, jika anda tidak mempromosikannya dengan menggunakan teknik dan strategi yang betul.

Kajian menunjukkan lebih dari 90 % perniagaan yang dijalankan di internet berakhir dengan kegagalan. Ini tidak bermakna mereka gagal sepenuhnya. Ramai juga yang melihat semula strategi mereka dan masuk semula ke pasaran dan akhirnya dapat menjana pendapatan ratusan ribu ringgit.

Satu contoh yang nyata  adalah Saudara Irfan Khairi, usahawan internet yang tersohor. Tahun pertama  penglibatan sebagai usawan siber berakhir dengan kegagalan. Pendapatan kosong. Beliau telah mengkaji semula strategi promosi beliau dan kini beliau merupakan usahawan siber tersohor di malaysia.

Segala petua dan strategi yang saya terangkan dalam buku ini merupakan hasil dari bacaan, penyelidikan dan bahan bimbingan yang beliau dedahkan dalam seminar beliau yang saya hadiri.

Kita kita ingin menjadi usahawan siber yang Berjaya, sangat penting untuk kita mamberitahu seramai mungkin pengguna internet  akan kewujudan perniagaan kita di ruang siber.

Soalnya bagaimana kita hendak membawa para pengguna internet  ke laman perniagaan kita. Satu dari caranya adalah menggunakan alamat domain  yang kita daftarkan perniagaan kita.

Apabila mereka menaip alamat domain tersebut, berulah mereka akan dibawa ke laman web yang memaparkan produk atau perkhidmatan kita. Contohnya kita taip http://www.perniagaansiber.com.my  dan kita akan di bawa ke laman berikut.
 
Kepada rakan rakan semua yang membaca tulisan ini, minta kerjasama untuk like facebook dengan link di bawah. War-warkan laman ini kepada rakan-rakan lain supaya lebih ramai lagi dapat menafaat Cyberbiz_Training_Consultancy
Selain itu kunjungi juga laman web
http://www.perniagaansiber.com.my/products ada sesuatu yang menarik sedang menunggu anda.

No comments:

Post a Comment