PETUA UNTUK SENANG SEBAGAI USAHAWAN SIBER


Salam Sejahtera dan selamat datang ke laman blog http://perniagaansiber.blogspot.com izinkan saya menjadi COACH anda dalam perjalanan anda menjadi USAHAWAN SIBER.

SEDIKIT MENGENAI SAYA
Saya merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Saya mempunyai lebih 26 tahun pengalaman Kerja termasuk 10 tahun menjadi Pensyarah. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Skop kepakaran saya lebih menjurus kepada Usahawan Siber/ Usahawan Internet.
Perkhidmatan COACHING saya tawarkan bertujuan untuk mengembangkan hasil dari kerja-kerja penyelidikan dalam Perniagaan Siber yang saya telah lakukan.
Saya akan kongsikan lubuk-lubuk rahsia di internet dan teknik serta strategi untuk menjalankan perniagaan di ruang siber. Untuk Berjaya anda hanya perlukan LUCK + HARD WORK + RIGHT ATTITUDE = SUCCESSFUL USAWAN SIBER.

Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu. Untuk meledakkan potensi anda, saya juga menawarkan perkhidmatan RESET MINDA USAHAWAN DAN LEDAKKAN POTENSI DIRI.

Saturday 13 April 2013

Strategi Mempromosi Laman Web


Mempromosikan Laman Web
Katakan anda mempunyai bajet yang terhad atau  *strict* dan mahukan teknik promosi percuma sahaja. Di sini saya senaraikan beberapa link dimana anda boleh mengiklankan secara percuma.
Anda boleh cuba cara promosi berikut.

Cara promosi yang disarankan:

     Laman Web Classified–  Daftar di:
        http://iklanpercuma.com,
        http://classified.cari.com.my,
            http://iklanfree.com,
            http://iklaniaga.com,
        http://freeiklan.com,
        http://iklan101.com,
           http://bestiklan.com.

Kemudian postkan iklan- iklan percuma ke dalam laman web ini. Anda juga boleh cuba tempah iklan banner jika ada bajet pengiklanan lebih.
Promosi Melalui YahooGroups.

– Teknik yahoo groups mudah dilakukan. Pergi ke    http://groups.yahoo.com dan search group dengan keyword “perniagaan”. Pilih group yang mempunyai bilangan ahli yang ramai sahaja dalam lingkungan 1000 ke atas. Sertai group ini dan post komen dan iklan anda di sini.

Promosi Melalui Forum.

Iklankan di forum wangcyber.com Cuma RM21 seminggu sahaja. Jika anda memasuki forum popular yang lain, tempah iklan murah yang mereka        tawarkan.

 Promosi Melalui Friendster & Myspace.

Jika anda memiliki akaun friendster dan myspace, letakkan link anda di bahagian profile. Ramai kenalan-kenalan baru akan membaca profile anda sebelum add anda sebagai rakan mereka. Jadi jika mereka klik link anda akan mendapat trafik percuma.

 Promosi Melalui Email Signature

Letakkan link laman web anda di dalam email signature. Setiap kali anda menghantar email kepada rakan-rakan anda, anda juga secara tidak langsung mempromosikan laman web anda.
 Cipta Blog Percuma

Cipta blog peribadi anda dan tariklah ramai rakan-rakan datang        melawat blog anda. Kemudian promosikan laman web anda di blog. Kaedah ini efektif untuk promosi jangka panjang.

Iklan Di Laman Web Lelong.Com.My
 Daftar di laman web lelong.com.my dan tempah iklan teks di bahagian item listing RM21 seminggu. Cuba cara ini jika anda ada bajet lebih dalam pengiklanan.

Email Marketing
Bina borang opt-in di laman web anda dan hantar mesej follow-up        kepada prospek anda. Teknik ini paling berkesan dalam menghasilkan jualan.
 

No comments:

Post a Comment